Sah.

[Video] Menteri sahkan dokumen bocor skandal terowong Guan Eng oleh RPK sahih

“Akhirnya mengaku juga dokumen bocor yang RPK dedahkan tu adalah sahih. Sila tangkap Guan Eng segera..”

Sumber: https://www.abuleman.com/2019/04/menteri-sahkan-dokumen-bocor-skandal-terowong-sahih.html

Subscribe via Telegram | https://t.me/AbuLemanAS

Assalamualaikum.

KISAH KEHEBATAN (KESAKTIAN) PASANGAN BOMOH AFFANDI DAN MONA HANYALAH DONGENG

(lanjutan kisah MISTERI RUMAH MONA FANDEY)

Info Gambar:Lubang tempat mayat ADUN Batu Talam, Datuk Mohd Mazlan Idris, ditemui tertanam dalam sebuah rumah di Kampung Pamah Dong, Ulu Dong, Raub Pahang.

WALAUPUN berlaku lebih 25 tahun lalu, namun kes bunuh membabitkan pasangan bomoh, Maznah Ismail atau Mona Fandey dan suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman serta pembantu mereka, Juraimi Husin, masih dikenang sepanjang zaman dalam senarai teratas kes jenayah sensasi di negara kita.

Mereka membunuh dan memotong kepada 18 kerat badan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Pahang, Allahyarham Datuk Mohd Mazlan Idris, sebelum menanamnya di dalam lubang sedalam 1.8 meter di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pamahdong, pada Julai 1993.

Permukaan lubang itu disimen untuk mengelak kegiatan mereka dikesan namun terbongkar selepas polis menjalankan siasatan ke atas mereka yang membawa kepada penemuan mayat mangsa.

Pada 9 Februari 1995, Mahkamah Tinggi Temerloh menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap ketiga-tiga tertuduh kerana didapati bersalah membunuh Mazlan pada jam 10 malam, 2 Julai dan 12 Malam, 8 Julai 1993.

Kes itu menenggelamkan kehangatan kisah pembunuh kejam, perompak dan pengedar dadah paling dikehendaki, Kalimuthu Pakirisamy atau Bentong Kali, yang ditembak mati di Medan Damansara pada tahun 1993.

Begitu juga dengan kisah sensasi penjenayah terkenal pada era sebelumnya iaitu Wong Swee Chin atau Botak Chin yang merompak dan membunuh pada akhir tahun 1970-an sebelum ditangkap dan digantung sampai mati pada 1981.

Walaupun ditangkap dan dipenjarakan, Botak Chin kerap mencetuskan huru hara di penjara dan pernah menyerang beberapa warden dan kakitangan penjara. Kisah tidak tamat begitu saja walaupun sudah merengkok di sebalik tembok batu.

Begitu juga dengan pasangan Affandi dan Mona. Masyarakat seolah-olah sering terpanggil untuk mempercayai pasangan bomoh itu mempunyai ilmu hitam hebat walaupun sudah terkurung dan dikawal rapi.

Ada yang mendakwa Mona Fandey bebas keluar masuk penjara, berhibur dan kembali semula ke Penjara Kajang, begitu juga Affandi yang menjalani hukuman di Penjara Pudu sementara menunggu proses rayuan hukuman.

Benar atau tidak, tiada siapa yang boleh mengemukakan bukti sahih sedangkan mitos itu seolah-olah menjadi fakta.

Bekas Ketua Pengarah Penjara, Datuk Omar Mohamad Dan, juga tidak terlepas sering diajukan persoalan itu kerana ketika Affandi dan Juraimi menjalani hukuman, beliau adalah Pengarah Penjara Pudu yang kini sudah ditutup sepenuhnya.

“Apabila saya balik bercuti ke kampung, ramai yang selalu bertanya… betul ke Mona dan Affandi ini begitu dan begini. Betul ke mereka bebas keluar masuk penjara guna ilmu hitam. Mereka tanya betul ke Mona keluar minum teh tarik dan menari di luar penjara.

“Pada masa itu, terlalu banyak laporan media yang sensasi. Kata mereka, kalau betul semua itu berlaku, jangan bagi malu kepada kami. Mereka bagi amaran kerana saya adalah Pengarah (Penjara) Pudu, jadi mesti buat sesuatu,” katanya memulakan bicara.

Omar mengakui, masyarakat sangat tertarik dengan kisah pasangan bomoh itu sehinggakan perkara yang tidak sahih atau khabar angin pun akan menjadi sebutan dan perbualan hangat.

“Saya berkhidmat selama 30 tahun sebagai pegawai penjara. Semua cerita dongeng itu tidak betul. Sekali mereka (pesalah) masuk penjara, mereka tidak akan boleh keluar walaupun kononnya menggunakan kuasa ghaib. Memang ilmu hitam itu satu fenomena terutama bagi orang Melayu tetapi kita jangan sesekali lupa bahawa Allah SWT itu maha berkuasa dan Pencipta,” katanya menafikan segala cakap-cakap mengenai Mona dan Affandi.

Disebabkan terlalu banyak khabar angin mengenai kehebatan pasangan bomoh ini yang dikatakan mempunyai ilmu hitam, Omar sendiri pernah menguji dan bertemu sendiri Affandi ketika menjalani hukuman di Penjara Pudu.

Ketika itu, tersebar kencang khabar angin mendakwa Affandi mempunyai kuasa luar biasa dan mampu membuka kunci pintu sel penjara serta beberapa lapisan pintu lain dengan hanya menggunakan tangan kosong. Bukan setakat menjadi perbualan masyarakat tetapi juga di kalangan kakitangan penjara sendiri yang seolah-olah terpengaruh.

Omar terus memanggil timbalannya serta beberapa pegawai kanan Penjara Pudu dan mengarahkan supaya Affandi menemuinya di sebuah bilik.

“Saya mahu buktikan sendiri, adakah khabar angin itu betul atau tidak. Apabila Affandi dibawa masuk, saya arahkan supaya pegawai pengiring membuka gari di tangannya. Saya mahu wujudkan suasana perbincangan yang tenang dan masing-masing saling mempercayai satu sama lain. Tetapi pegawai dan pengawal pengiring yang ada risau apabila saya memberi arahan itu.

“Apabila gari Affandi dibuka, saya minta mereka semua menunggu di luar bilik,” katanya yang mengakui pegawai bawahannya agak terkejut dengan arahan itu.

Secara logiknya, memang pengawal pengiring akan risau kerana penjenayah bunuh dan berstatus banduan akhir dibiarkan bebas tanpa gari, apabila lagi berdepan secara bersemuka dengan pengarah penjara. Walaupun masih berada di dalam bilik dan di kawasan kompleks penjara, segala kemungkinan boleh berlaku.

“Mereka menunggu di luar bilik. Sesekali mereka mengintai ke dalam bilik melalui cermin kecil,” kata Omar sambil tersenyum mengenangkan gelagat bekas anak buahnya apabila berdepan situasi itu.

“Saya minta Affandi supaya duduk di kerusi di depan saya. Saya tanya… Affandi sudah minum ke. Dia jawab, sudah (minum) tuan.

“Saya mempelawa untuk minum bersama. Kita minumlah sikit, ok tak. Dia jawab sepatah… ok tuan,” katanya yang mengakui terselit perasaan curiga dan bimbang suami Mona itu akan bertindak di luar jangkaan.

Namun, perbualan yang bermula dengan sesi minum itu ternyata berjaya mewujudkan suasana cukup tenang dan ikatan saling mempercayai antara mereka berdua.

Memulakan bicara, Omar meminta Affandi supaya menceritakan kebolehannya dan bagaimana dia boleh membuka beberapa lapisan kunci pintu dan sel penjara dengan senang seperti yang diuar-uarkan.

“Awak ceritakan sikit macam mana buka gari dan buka kunci. Betul ke awak boleh buka. Dia jawab… tak ada tuan. Memang saya ada buka pintu sel tetapi sel yang belum dikunci (oleh kakitangan penjara). Jadi saya buka macam biasa saja” jelas Affandi yang membuatkan Omar hampir tergelak besar.

Jawapan ikhlas Affandi itu sudah cukup membuatkan Omar mendapat jawapan merungkai persoalan yang menjadi bualan selama ini.

Baginya, itu sudah memadai. Ketika pegawai dan pengawal pengiring tertunggu-tunggu di luar bilik, Omar sekali lagi bertanyakan soalan sama kepada Affandi; “Jadi memang betul awak tak boleh buka gari dan kunci?.”

“Dia jawab… tidak tuan,” kata Omar yang cukup yakin Affandi bercakap jujur dengannya.

Bahkan, Affandi mengakui kakitangan penjara menjaganya dengan baik dan seolah-olah memberi jaminan bahawa banduan tidak akan membuat kacau jika mereka dijaga dengan baik oleh kakitangan penjara.

“Saya kata, kalau macam itu, tak apalah. Terima kasih. Tetapi jangan lupa kalau awak ada apa-apa maklumat, maklumkan kepada saya. Dia jawab terima kasih dan saya terus arahkan pegawai bawa dia keluar bilik,” katanya.

Berdasarkan pertemuan khas itu, Omar turut percaya Affandi sebenarnya tidak memiliki kemampuan luar biasa seperti yang digembar-gemburkan.

Beliau turut merumuskan perwatakan dan perlakuan Affandi sebenarnya banyak dipengaruhi latar belakang pendidikan di dalam keluarga, begitu juga dengan banduan lain yang kebanyakannya berpunca daripada pendidikan yang lemah.

Kesimpulannya, Omar percaya Affandi sebenarnya tidak memiliki kemampuan luar biasa seperti yang digembar-gemburkan. Beliau memberikan contoh atau perbandingan paling mudah dalam kehidupan seharian iaitu sikap suka memandu melebihi had laju dan melulu.

“Kita tahu, memandu melebihi had laju itu memang berbahaya dan ada sebabnya kenapa batasan itu diadakan. Jika melebihi had itu, ia menjadi kesalahan, tetapi kita melanggar arahan kerana tidak berfikir panjang. Jika kita ada pendidikan dan boleh berfikir rasionalnya, tentunya kita tidak akan terikut-ikut dengan sikap segelintir pemandu degil. Kita akan ikut peraturan, asalkan selamat,” katanya.

Moral: JANGAN sekali-kali terlibat dengan jenayah. Melakukan jenayah ibarat kita ‘izinkan’ tangan kita untuk mencincang, dan apabila tangan sudah mencincang…

Kredit: Mohd Azis Ngah (BH)

Katak.

Ulama’ memberi Perumpamaan.

Ada seekor katak yang nampak nelayan sedang memancing.

Jadi katak itu pun masuk kedalam air dan ingin berjumpa ikan.

Katak itu tegur ikan yang sedang memakan umpan nelayan itu.

Katak itu beritahu pada ikan. “jangan makan cacing ni, sebenarnya ini perangkap, kalau kau makan juga, kau akan di tangkap, perut kau akan di belah, kulit kau akan dibakar atas api.

Mereka akan makan makan kau(sebabnya katak ini tahu keadaan di atas darat )”.

Tapi ikan ini tak ambil endah teguran si katak dan bila sahaja ikan itu makan umpan itu, ikan itu di sentap dan ditarik naik keatas, ikan itu terkejut, dia nampak apa yang dikatakan oleh katak sebenar adalah benar.

Dia yakin yang dia akan di bakar, kulitnya akan disiat, perutnya akan dibelah.

Ikan itu sangat menyesal. Tapi, tak ada dah peluang untuk kembali dalam air.

Ulama’ beritahu.

Keadaan sama pada kita manusia, bila ada orang beritahu kepada kita keadaan kita nanti, padang masyhar, balasan neraka, balasan syurga, azab neraka, titian sirat, kita ambil tak endah saja.

Bila sudah mati, hijab akhirat akan dibuka.

Kita nampak manusia yang dibakar atas api.

Orang yang akan diseksa kerana melakukan maksiat dan kemungkaran.

Seperti mana keadaan ikan telah nampak apa yang berlaku di atas darat.

Sahabatku yang disayangi Allah. Kita hanya ada satu peluang sahaja untuk beramal di dunia ini.

Jadi jangan bazirkan usia dan keringat kita perkara yang sia-sia, terutamanya bab akidah pegangan kita islam.

Semoga Allah beri kita kefahaman.

Aamiin Allahumma Aamiin…

c&p

Islam.

TERBAGINYA ISLAM

AGAMA ISLAM TERBAGI TUJUH PULUH TIGA (73)

1. Syiah – ada 22 Kumpulan atau Jenisnya.
2. Khawarij – ada 20 Kumpulan atau Jenisnya.
3. Muktazilah – ada 20 Kumpulan atau Jenisnya.
4. Murjiah – ada 5 Kumpulan atau Jenisnya.
5. Najjariah – ada 3 Kumpulan atau Jenisnya.
6. Jabariah – ada 1 Kumpulan atau Jenisnya.
7. Syibah – ada 1 Kumpulan atau Jenisnya.
8. *Ahli Sunnah Wal Jamaah ada SATU (1) Jenisnya.

*Inilah mazhab yang dipakai atau diamalkan bagi kita*
dan juga kebanyakan negeri-negeri di Asia.
πŸŒ‘
AHLI SUNNAH WAL JAMAAH ADA TIGA (3)
1. Ahli Tharikat yang Kenal Allah.
2. Ahli Dakwah yang sentiasa berjihad ke Jalan Allah.
3. Ahli Fekah atau Ahli Syariat yang Beramal Soleh.
πŸŒ‘
MARTABAT ISLAM ADA TIGA (3)
1. Islam Khawas = Orang Berilmu dan Cerdik
2. Islam Biasa = Orang Awam atau Orang Biasa
3. Islam Jahil = Orang Bodoh atau Tidak Tahu Apa-Apa
πŸŒ‘
SYARAT ISLAM ADA EMPAT (4)
1. Sabar akan hukum Allah.
2. Redha’qadha Allah (Tahan Derita) susah payah
3. Yakin dan Ikhlas semua amalan-Nya
4. Beramal mengikut Al-Quran dan Hadis
πŸŒ‘
TANDA ISLAM ADA EMPAT (4)
1. Merendah Diri Taat Perintah Agama
2. Suci Lidah Dari Berdusta atau Bercakap Kosong
3. Suci Perut Dari Memakan Yang Haram
4. Suci Badan Dari Maksiat
πŸŒ‘
ISLAM ADA EMPAT (4) PERINGKAT
1. Islam Syariat
2. Islam Tharikat
3. Islam Hakikat
4. Islam Ma’arifat
πŸŒ‘
ILMU AGAMA ISLAM ADA TIGA (3)
1. TAUHID ADA (20 + 20 + 1) 41 (4 + 4 + 1) 9 (50)
2. FIKIH ADA (5 x 5) 25 BAB
3. TASAWUF ADA (10 + 10) 20 BAB

Tiga Hukum di atas adalah asas Agama Islam, tidak boleh dipakai hanya satu hukum saja.

Hukum Tauhid mesti dipelajari dengan guru bertauliah krna perlu ditafsirkan dengan betul dan jelas, kelak jika tesalah tafsir boleh merosak aqidah.

Begitu juga hukum Fikih dan Tasawuf. Ketiga-tiga hukum ini adalah pelengkap Agama Islam dan wajib dipelajari.
πŸŒ‘
BINASA ISLAM ADA EMPAT (4)
1. Beramal tanpa Ilmu
2. Berilmu tanpa Amal
3. Tidak pandai atau tidak tahu dan tidak mau belajar
4. Mencela orang membuat Kebaikan (Beramal)
πŸŒ‘
PERINTAH ISLAM ADA DUA (2)
1. BERBUAT TAAT
2. TINGGALKAN MAKSIAT

Jika Islam Ada, Iman Tiada – Munafik,

Jika Iman Ada Islam Tiada – Fasik Hukumnya.

πŸŒ‘
KAFIR ADA EMPAT (4)

1. KAFIR INGKAR- Tidak kenal ALLAH, seperti Firaun dan Namrud

2. KAFIR JUMUD – (Membantah) hati tidak tahu ALLAH tetapi tidak mengaku dengan lidah seperti Iblis.

3. KAFIR INAD – Hati Kenal ALLAH, Lidah mengaku tetapi tidak beramal seperti Abu Lahab.

4. KAFIR NAFIK – Berikrar dengan lidah tetapi tidak beramal. Kadang-kadang Islam, kadang-kadang Kafir. Manusia golongan ini yang paling banyak.
.
,#refrensiπŸ˜‰πŸ€·πŸ»β€β™‚

3

ADA TIGA PERKARA YANG MENYEBABKAN HATI MENJADI KERAS :

1- Berbicara tanpa ada kebutuhan
2- Tertawa tanpa ada sebab
3- Makan tanpa adanya rasa lapar

Nasehat Sayyidina Luqman Al-Hakim ra kepada puteranya :
” Wahai anakku , duduklah dengan para ulama dan dengarkanlah ucapan para ahli hikmah, Karena sesungguhnya ALLAH SWT akan menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah , sebagaimana menghidupkan tanah yang tandus dengan turunnya hujan “

Kecewa.

Jangan biarkan kekecewaan melemahkan seluruh jiwa yang kita pernah ada dulu. Kuatnya kita melawan segala rasa kecewa yang kita ada, pasti kan Allah ganti dengan rasa bahagia yang tak terjangkakan. Tak esok, in shaa Allah nanti.

Boleh jadi, rasa kecewa itu mendekatkan lagi kita pada Allah. Semakin dekat. Maka, berlapang dadalah dengan ujian yang datang. In shaa Allah, kita kuat.🌹